rakan sepengikutku !

Rabu, 9 November 2011

tinggal setaman tapi tak pernah bertegur sapa

masyarakat di taman aku ada yang suka bergaul ada yang tidak. Kebanyakannya tidak. Maaf. Sikap yang ingin ditonjolkan amatlah memalukan . Sehinggakan aku tidak mengetahui bahawa rakan sekelas ku adalah jiran aku sendiri. Aku gelarkan dia jiran terhormat. ya! Aku memang hormat pada dia.

Aku mengetahui perkara ini dari rakan sekelas ku juga. Untuk mendapatkan kepastian aku sendiri yang tanya jiran terhormat. Sungguh tidak ku sangka. Dia memang tinggal setaman dangan ku. Katanya lagi, ada beberapa orang lagi rakan sebaya aku lagi yang tinggal di taman yang kurang mesra jiran itu. SUNGGUH MEMALUKAN.

Aku tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam ini kerana ia adalah salah masing-masing termasuklah diri aku sendiri. Jadi, aku amat berharap agar aku dapat mangeratkan lagi hubungan dengan jiran-jiran aku, kerana meraka lah yang akan menyembahyangkan kita solat jenazah tidak lama lagi, selain saudara kita.