rakan sepengikutku !

Rabu, 9 November 2011

tinggal setaman tapi tak pernah bertegur sapa

masyarakat di taman aku ada yang suka bergaul ada yang tidak. Kebanyakannya tidak. Maaf. Sikap yang ingin ditonjolkan amatlah memalukan . Sehinggakan aku tidak mengetahui bahawa rakan sekelas ku adalah jiran aku sendiri. Aku gelarkan dia jiran terhormat. ya! Aku memang hormat pada dia.

Aku mengetahui perkara ini dari rakan sekelas ku juga. Untuk mendapatkan kepastian aku sendiri yang tanya jiran terhormat. Sungguh tidak ku sangka. Dia memang tinggal setaman dangan ku. Katanya lagi, ada beberapa orang lagi rakan sebaya aku lagi yang tinggal di taman yang kurang mesra jiran itu. SUNGGUH MEMALUKAN.

Aku tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam ini kerana ia adalah salah masing-masing termasuklah diri aku sendiri. Jadi, aku amat berharap agar aku dapat mangeratkan lagi hubungan dengan jiran-jiran aku, kerana meraka lah yang akan menyembahyangkan kita solat jenazah tidak lama lagi, selain saudara kita.

Sabtu, 8 Oktober 2011

plan lepas exam

rasa-rasa lepas exam ni aku nak tulis cerita/novel murahan. tahun lepas aku tulis cerita jugak. sambutan daripada rakan sekelas pun ok. tapi aku tak rasa cerita aku tu best pun. terpulanglah kepada sesiapa yang baca. kalau aku tampalkan sikit cerita tu kat blog ni ok tak?
aku memang minat menulis tapi aku tak pernah teringin nak jadi penulis. aku jadikan aktiviti menulis itu sebagai hobi waktu senggang atau masa aku boring.
ada orang cakap ak suka berimaginasi, sebab tu la tangan aku tak pernah dok diam. kadang-kadang tu ada juga masa aku melukis. tapi apa aku lukis aku pun tak tahu. jadi kawan-kawan aku la jadi mangsa. perah otak atau teka apa benda yang aku lukis.

menulis dan melukis adalah hobi yang memerlukan pensil dan pemadam.
jadi benda yang paling aku sayang adalah pensil dan pemadam lah.
(untuk pengetahuan yang tak penting)

agak-agak aku nak tulis cerita apa pulak tahun ni?

Rabu, 10 Ogos 2011

yay feeeyaz..

10.8.2011 aku telah dilantik menjadi salah seorang ahli group feeyaz.. mungkin korang rasa "takde lah best sangat" tapi aku sangat menghargai perlantikan dari group feeyaz...diorang ckap aku baek.(ye ke?)...secara jujurnya aku tak delah baek sangat... aku harap aku boleh jadi lebih baik bila masuk group feeyaz.. tq feeyaz..

maaf..

mulai saat ini aku maafkan gadis plastik... walaupun sedikit hampa, tetapi itulah takdir hidup aku... salah aku jugak kan??? kenapa tak cantik?  so,semoga dia bahagia dengan budak tu.... amin...

Selasa, 9 Ogos 2011

tak kisah

sekarang aku dah redha dengan apa yang terjadi... so, aku masih berkawan baik dengan gadis plastik.. dia dah tak cerita tentang budak tu lagi dah...dah 3 minggu.. kalau tak hari-hari dia cerita...hurmmm.... abaikan..

Isnin, 8 Ogos 2011

melepassss

aku bingung dengan hidup aku sendiri.... orang yang aku suka telah dikebas oleh kawan rapat aku sendiri...alah... macam tak ada orang lain... kenapa ek? apa yang aku impikan selama ini dirosakkan oleh teman baik aku.. hey gadis plastik... bila dah dapat, sibuk-sbuk cerita dekat aku pasal budak tuh... yang aku tak faham dia tanya aku, "hang jealous dak?"... ishhh.. mestilah aku cemburu.. tapi demi menjaga hubungan aku dengan dia... aku cakap yang aku tak cemburu langsung... lagi pown aku dah cari yang lain... sejak hari tu, aku buat-buat excited nak dengar cita dia..terpaksa...meluat nye..