rasa-rasa lepas exam ni aku nak tulis cerita/novel murahan. tahun lepas aku tulis cerita jugak. sambutan daripada rakan sekelas pun ok. tapi aku tak rasa cerita aku tu best pun. terpulanglah kepada sesiapa yang baca. kalau aku tampalkan sikit cerita tu kat blog ni ok tak?
aku memang minat menulis tapi aku tak pernah teringin nak jadi penulis. aku jadikan aktiviti menulis itu sebagai hobi waktu senggang atau masa aku boring.
ada orang cakap ak suka berimaginasi, sebab tu la tangan aku tak pernah dok diam. kadang-kadang tu ada juga masa aku melukis. tapi apa aku lukis aku pun tak tahu. jadi kawan-kawan aku la jadi mangsa. perah otak atau teka apa benda yang aku lukis.
menulis dan melukis adalah hobi yang memerlukan pensil dan pemadam.
jadi benda yang paling aku sayang adalah pensil dan pemadam lah.
(untuk pengetahuan yang tak penting)
agak-agak aku nak tulis cerita apa pulak tahun ni?