Aku mengetahui perkara ini dari rakan sekelas ku juga. Untuk mendapatkan kepastian aku sendiri yang tanya jiran terhormat. Sungguh tidak ku sangka. Dia memang tinggal setaman dangan ku. Katanya lagi, ada beberapa orang lagi rakan sebaya aku lagi yang tinggal di taman yang kurang mesra jiran itu. SUNGGUH MEMALUKAN.
Aku tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam ini kerana ia adalah salah masing-masing termasuklah diri aku sendiri. Jadi, aku amat berharap agar aku dapat mangeratkan lagi hubungan dengan jiran-jiran aku, kerana meraka lah yang akan menyembahyangkan kita solat jenazah tidak lama lagi, selain saudara kita.
